Monday, July 18, 2011

Coretan Kosong

Fuhh..sudah lama tidak membuka blog sendiri, apalagi menulis coretan dalam blog RnR ini.Mungkin sudah berbulan2. Very bad blogger attitude. Disebabkan terlalu lama tidak menulis, aku telah mendapat seorang lagi 'anak buah'. Dari tarikh menulis ini umur nya telah pun meningkat sebulan. Widad Hanan nama diberi. Sorry to ammu Di & kak ira, sebab gambar edit tdk buat lg.huhu,lagi pun tidak ada tempahan..

So, utk malam ni itu sahaja coretan kosong dari ku yang tengah boring.Dok kl x live bro

Tuesday, May 17, 2011

HARI IBU/MA/MOK/UMI ETC


Semanjak kebelakangan ini, sibuk kedengaran dan pelbagai sambutan telah diadakan bersempena dengan pelbagai peristiwa. Jika dahulu kemerdekaan begitu lantang sekali sambutannya, tetapi kini, hari-hari bersejarah lain juga begitu lantang dan meriah sambutanya.

Kini hari IBU..tidak perlu ungkapan yang panjang..just SYUKRAN YA UMMI. ARJU AN TAKUNU SHEHAH WAL 'AFIAH.

Tuesday, April 19, 2011

ALYA !!!


Punya la lama nak update blog ni..alang2 keboringan teramat sangat disamping mengetest broadband baru..rupa2 nya RnR Mahligai berjaya mengesan nama sebenar dua orang budak kecik berserta siapakah ibu bapa mereka. Dan berita paling latest yang diterima, mereka ini baru sahaja memuntahkan air susu di atas katil seseorang yang dipanggil Ayah Su.
Nama diberi Alya Amani dan Alya Imani. Untuk mengesan dari terkeliru, tok ma dan tok bah nya akan bertanya ni Aa @ Iie...berita selanjutnya entah la bila pulak.Tpn la maknye tanya brite

Saturday, February 12, 2011

Mesir dan Kuasa Perhimpunan



Husni Mubarak memilh jalan untk meletak jawatan selepas 14 hari perhimpunan raksasa teleh diadakan oleh jutaan rakyat Mesir di Dataran Tahrir. Suatu kejutan kepada dunia PM turun disebabkan oleh kuasa rakyat melalui perhimpunan besar-besaran. Kesannya ialah kesedaran selepas peristiwa di Tunisia. Seluruh dunia merasai kesanya dan masing-masing bertindak untuk menundukkan pemerintahan yang tidak adil. Tahniah rakyat Mesir.

Suatu kekuatan yang luar biasa apabila rakyat Mesir mampu bertahan selama 14 hari mengadakan bantahan tersebut. solat dijalanan, makanan terhad dan sebagainya. mereka membuktikan kepada dunia rakyat mempunyai kuasa juga dalam menentukan kepimpinan negara. Seluruh dunia mengambil kesempatan menunjukan sokongan kepada bumi Piramid ini. Namun tidak kurang juga menyelar tindakan ini. Apa alasan mereka??Adakah juga menjaga kepentingana diri sendiri.

Mungkingkah rakyat Malaysia mampu berbuat demikian? Demonstrasi tak sampai satu jam pun dah kena leraikan dengan bermacam-macam cara, apatah lagi untuk bertahan selama dua minggu. Satu analisis perlu dikaji dan di perhatikan. Peluang PRU perlu diambil kesempatan sepenuhnya untuk mengembalikan keadilan dalam pemerintahan.......